Harini aku terfikir untuk menulis cerita cerpen keduaku.. selesai solat tiba idea ini datang..
Kisah Sepi Mendakap Pelangi
Semenjak hadirnya bulan Rejab Abang H telah meninggal aku. Aku redha walaupun aku terasa kehilangan. Setiap sujud ku memohon untuk Allah jadikan Abang H imam ku. Setiap doa di waktu lewat malam nama Abang H yang ku minta.
----‐------‐------------
Setahun sudah Abang pergi aku teruskan perjalanan hidupku. Minggu depan aku akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji ku. Seronok Alhamdullilah duit yang Abang H berikan pada ku aku gunakan untuk menjadi Hajjah. Memang itu impian ku. Alhamdullilah mudahnya nama ku dipilih . Allah maha mendengar doaku. Aku tidak memberitahu Abang H kerana aku tahu dia akan melihat ig ku.
Sesampai di Madinah kami terus melawat makam Rasullallah. MasyaAllah bahagia nya aku. Tiap ada waktu aku mengaji dan beribadah. Aku selitkan juga doa untuk Abang H dan aku sedekah bagi pihak Abang H.
‐-----------------------
Setelah 6 bulan balik dari Haji Aku kini sibuk berkerja lagi 3 tahun InsyaAllah aku ingin bersara dan menjalani kehidupan yang Alhamdullilah tenang. Sekali sekala aku teringat Abang H mungkin Allah masih membenarkan. Aku juga sibuk menghadiri ceramah agama dan belajar musik. Bulan depan anak ku akan bernikah aku sibuk memilih barang hantaran dan persiapan. Sebab terlalu biasa dengan majlis aku sudah buat persiapan awal . Semua aku uruskan . Anak tunggal perempuan ku terlalu sibuk berkerja jadi semua diserahkan kepada ku. Alhamdullilah.
--------------------------
"Assalamualaikum , boleh saya bercakap dengan auntie Farhana". Aku tidak pasti suara itu. Mungkin yang ku kenal ini " maaf siapa ya " jawab ku . saya anak Tuan Hj H .
"Autie saya nak bagitau my father is in the hospital'
"Is your dad ok . Your mommy ada is she ok ?"
"Mommy dah meninggal setahun lalu , abah is in the hospital demam , Abah minta saya hubungi aunty " jawab A ringkas.
"Can you please whatsapp aunty his ward no and which hospital . Thank you."
Aku agak sibuk haritu tapi ku sempat menghantar bunga sebagai tanda aku tahu Abang H di hospital.
Terima kasih bagi Abang bunga Farhana. Whatsapp yang aku terima sebelum solat asar. Aku cepat cepat berwuduk untuk solat. Selepas selesai solat, aku membalas mesej abang. Semoga Abang cepat sembuh ya. Jawab ku ringkas.
Esok pagi aku bersiap untuk ke hospital menziarah Abang. Sayu hati melihat keadaan Abang yang hampir 5 tahun aku tidak berhubung. Mungkin kehilangan Kak Sarina sangat sangat dirasai. Assamualaikum Abang. Muka Abang tersenyum. Mungkin Abang menunggu kedatangan ku. Abang dah makan? Belum tak selera nak makan. Farhana suap nak ? tanya aku ikhlas. Mungkin aku seorang yang suka manjakan sesiapa yang aku sayang aku tidak kekok melayan Abang. Alhamdullilah habis makanan Abang makan. Aku terus membasahkan tisu dan lap mulut Abang. Selepas kami berbual aku minta diri pulang. Tiba tiba menantu Abang datang.
"Lisa abah kenalkan ini aunty Farhana." kami bersalaman. Lisa hantar aunty ke kereta. Seronok kami berborak sampai ke kereta ku. Jaga abah ya Lisa mungkin Abah sangat rindukan mommy. Pesan ku .
Selepas sampai dirumah Abang menghantar whatsapp bertanya jika aku telah selamat sampai. Alhamdullilah Farhana dah sampai Abang. Abang tidur dulu ya. Jawapku ringkas.
Pagi pagi lagi Abang telah mengirim whatsapp bertanya tentang diriku. Aku membalas whatsapp Abang. Aku masih ingat Abang mengatakan aku sangat expressive. Penat dia melayan kerenah ku. Tapi itu dulu. Aku tidak mahu Abang penat lagi. Jadi untuk itu aku jauhkan diriku untuk melihat Abang bahagia.
Setelah menjadi seorang balu aku lebih selesa bersendirian. Sekali sekala cucuku Ayla akan datang bermain dengan ku. Itulah kehidupan ku sekarang.
Farhana esok Abang nak jumpa boleh? Sebenarnya sejak abang tinggalkan aku, slowly aku bangkit dari segala kesedihanku. Aku memang sangat cinta kan Abang. Tapi aku tahu Abang tidak menyintai aku.
Kepalaku pening mungkin aku penat selepas bertemu Abang. Seronok kita berborak. Abang sangat bahagia bersamaku. Tiba tiba dunia ku gelap.
Mama are you ok ? Aku sedar rupanya aku di hospital. Puan Hajjah, puan pengsan tadi . Aku rupanya pengsan akibat pening. Aku melihat ada 5 missed call dari Abang.
Esoknya Abang datang melawatku. Raut wajah abang cemas. Aku tersenyum melihat abang. Senyum yang sungguh tidak bercahaya. Abang nak kita kawin .Walaupun umur ku hampir mencecah 55 tapi aku kena fikirkan banyak perkara. Aku teringat text Abang sebelum dia melepaskan aku dulu. Walaupun aku ikhlas ditinggalkan tapi rinduku sangat sangat menyeksa diriku. Aku pernah sujud menangis mohon pada Allah untuk melupakan Abang. Tapi Allah tahu aku terlalu sayang Abang H.
Abang tunggu saya sihat dulu boleh. Itulah permintaan ku . Kesian Abang rajin datang melawatku di hospital. Sayang Abang padaku tetap sama. Malam itu malam terakhir aku bersama Abang. Abang maafkan Farhana ya. Farhana masih tak sihat. Kalau Farhana *pergi* Abang jaga diri baik baik . Abang walaupun Abang pernah penat melayan kerenah Farhana tapi Farhana sangat berterima kasih Abang bagi Farhana rasa cinta Abang. Maaf kan Farhana ya Abang. Mungkin kita tak bersama di dunia tapi tunggu Farhana di syurga.
Untuk pertama kali aku melihat Abang menangis memegang tanganku erat. Abang jangan sedih tau Farhana sangat mencintai Abang walaupun Abang dah tinggalkan Farhana. Farhana sangat bahagia bersama Abang. Masa Abang tinggalkan Farhana hari hari Farhana sujud doakan Abang. Aku mencium tangan Abang sambil tersenyum. Air mata ku nengalir tapi aku sangat beruntung pernah dicintai Abang. Terima kasih Allah.
Selepas solat subuh aku dijemput ilillahi. Walaupun Abang tidak dapat menjadi suamiku di dunia aku berharap Abang dapat menjemputku di disyurga. Selamat Tinggal Abang kerana dirimu tidak dapat mendakap pelangi mu yang telah hilang selamanya.
Comments
Post a Comment