I am going to write a short story what is in my mind . Cerpen or something like that , not sure where it is going to lead me to but for now I want to write a story ..Unfortunately I do not have the title to this but it is ok .. maybe one day i will figure it out. Now is 5.25 am . Finally I got the title of this story.
CINTA SI MATA TEDUH
___________________________________________________________________________________
Pagi itu sangat tenang sekali. Aku seperti hari hari yang lain sibuk menyiram bunga sambil mengemas. Waktu baru pukul 7 pagi . Tenang. Air teh tarik yang ku buat pagi tadi masih belum ku sentuh. "Nak makan apa ya pagi ni " hati ku berbisik.
Tepat pukul 9.30 pagi mukaku lah yang pertama di Jaya Grocer, membeli apa yang patut untuk diri ku sendiri. Sambil sibuk memilih sayur telefon ku berdering . Suara yang sangat aku kenal tapi dah agak lama aku tidak mendengar suara itu.
"Assalamualaikum, Farhana" suara itu sangat sangat aku dah lama tak dengar mungkin 5 tahun. "Waalaikumsalam Abang" jawab ku ringkas. Aku seperti terkejut kenapa dia menalifon ku setelah lama menghilang. "Farhana kat mana nih? " aku terus menjawab " I kat Jaya Grocer nak beli barang sikit, Abang sorry can we talk later sebab nak bayar, maybe Abang call balik nanti boleh ?" " Ok nanti Abang call". Aku terus kan membeli barang dan terus balik sebab aku tak suka lama lama untuk membeli grocery.
Waktu dah nak masuk Asar sambil duduk menonton TV aku mendapat whatsapp dari "Abang". Aku agak tak tau bagaimana ingin memberitahu abang status ku sekarang seorang Balu. Sambil melayan whatsapp abang buat seketika aku minta diri untuk solat Asar. Di waktu usia begini aku cuba untuk solat di awal waktu . Aku cuba menjadi a good muslim lady , insyaAllah. Usia 55 ni banyak aku tenang selepas suamiku meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Tenang dan sepi itulah perkataan yang paling tepat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Farhana, dah solat ? Hatiku tersenyum , waktu sekarang baru pukul 6 pagi aku mendapat whatsapp dari Abang, aku teringat waktu dulu dia selalu kirim kan whatsapp mengajak Jom Solat. Cerita cintaku dulu. Tapi abang tinggalkan aku apabila dia bersara. Dia ingin bebas. Jadi aku juga tidak meminta dirinya untuk bersamaku.
Sudah 5 tahun cerita cinta itu berakhir dan hari ini entah kenapa Allah pertemukan kita kembali. Aku masih tidak pasti cinta ini . Bukan maksudku cinta ini hilang tapi apa yang berlaku pada ku pada waktu itu sangat sangat terkesan. Aku sangat bergelut dengan kerjaya , dengan sakit ku dan dengan di tinggalkan. Tapi aku tetap sayang pada Abang. Aku terbaca satu nukilan menyatakan jika Allah benarkan aku masih berdoa kesejahteraan Abang bererti Allah masih mahukan aku berdoa untuk takdir itu. Hanya aku perlu percaya kuasa Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.
Aku tiba tiba tersedar aku sedang mengelamun. Cepat cepat aku selesaikan solatku dan doaku. " Abang nak ajak Farhana breakfast boleh ?" tulisan dalam whatsapp yang buat aku tersenyum. Tapi pagi ini aku ada kuliah agama sampai pukul 10 pagi, detik hati ku . " Abang , boleh tak kita gi lunch lepas saya balik dari masjid, we can go for early lunch at 12 camtu, nanti saya bagi alamat and can you come and fetch me ", jawapku kerana sejak suamiku meninggal aku malas untuk memandu dan aku akan memandu jika perlu. " Ok boleh. Abang datang pukul 12, Bye Farhana" .
__________________________________________________________________________________
Assalamualaikum, hi Abang thank you jemput saya. Jom kita gi makan. Abang nak makan kat mana ?. Ku lihat wajah abang masih segak seperti yang ku ingat 5 tahun dulu. Sambil tersenyum abang berkata " Jom kita makan KFC " Abang menjawab dengan berseloroh. Aku yang dari dulu selalu percaya walaupun abang suka menyakat , tetap fikir KFC akan menjadi lunch kami.
Abang membawaku ke Damansara tempat dia mungkin biasa pergi. Steak for lunch . Aku hanya mengikut sebab aku tidak memilih . Apa sahaja yang di rancang aku ikut sahaja. Abang seronok berborak mengenai "kita" dan apa yang telah berlaku sepanjang 5 tahun. Abang juga sekarang keseorangan apabila Kak telah dijemput illahi setahun yang lepas.
Selepas makan Abang menghantar ku pulang. A simple date I guess. Just eat and talk.
"Salam Farhana, Abang nak jumpa boleh ?, Today.". Abang whatsapp aku pagi ni sedang aku tengah menonton TV. Waktu baru pukul 8 pagi. "Nak jumpa, why abang are you ok ?, abang tak sihat ke ?" .Aku bertanya kerana sebenarnya aku risau , mungkin aku masih sayang kan abang , aku masih ingin menjaga dirinya, tapi aku takut . Sangat takut ditinggalkan lagi. Untuk waktu ini aku tidak ingin lagi untuk menyakiti hati aku. Aku tidak mahu lagi merindui seseorang dan berdoa agar dia datang kembali kepada ku. Aku tidak mahu tidur dalam keadaan sangat rindu. Itu adalah aku 5 tahun dahulu. Not that I have moved on but I takut dan tak nak air mata ini mengalir lagi .
Tengahari itu abang muncul depan gate rumahku. Kami terus keluar bersama. Dalam kereta abang pegang tanganku erat. Aku agak nervous sebab 5 tahun abang tinggalkan ku dan hari ini dia pegang erat tanganku seperti 5 tahun dahalu. Aku tak pasti apa yang berlaku.
"Farhana kita nikah ya . Abang nak Farhana jaga abang." Jawapnya ringkas. Dalam hatiku terfikir adakah abang akan tinggalkan saya lagi lepas ni . Adakah kita akan bahagia selepas semua yang abang buat. Adakah aku akan mengungkit segala kesedihanku 5 tahun dulu. Abang maaf ya saya tak boleh bagi keputusan sekarang. Yes I love you but I masih terluka. Jawapku ringkas. Jom balik .
________________________________________________________________________________
Telefon ku berdering tapi aku tak perasan ada missed call. Abang call saya ? Maaf tadi sibuk kat dapur.
"Abang kat Hospital ni, semalam rasa tak sedap badan so tadi gi hospital doctor minta abang warded". Abang memberitahuku. Aku panik . "Nanti saya datang ya abang, bagi ward number .Abang nak makan apa nanti saya masak". " Masak bubur boleh?" jawap abang ringkas . " Ok I see you later."
Aku bergegas ke hospital . Risau . Rasa bersalah. Rindu. Aku lega bila masuk ke bilik abang tersenyum walaupun tangannya di drip. "What happened ?" Aku mencium tangan abang. "Kenapa tak cakap abang tak sihat ? Buat saya risau".Aku tetap aku manja dengan abang. Walaupun aku tak tahu siapa aku dalam hidupnya buat masa ini.
"Eh abah dah ada makanan," tiba ada wanita yang terkejut kehadiran ku. Aku menghulurkan tangan ku. Apa khabar? sambil aku tersenyum. Abang memperkenalkan aku pada menantunya Lisa. Lisa seorang anak yang sangat baik hati dan patuh. A good muslim woman too. Aku minta kebenaran pulang dan aku janji aku akan datang keesokkan hari untuk menjaga abang lagi.
"You have not accept my proposal Farhana". Abang bersuara. Aku diamkan diri dan meminta abang untuk berkenalan dulu dengan anak anak kita. Aku mahu semua merentui pernikahan ini.
__________________________________________________________________________________
"Abang, thank you for loving me " . Esok kami akan disatukan dalam majlis yang sangat ringkas . Hanya keluarga dijemput. Abang is a person yang tak nak ramai ramai ke majlis ini and so do I. Semoga pernikahan ini akan membawa kami ke syurga Firdaus. Aamiin. That was the reason why saya terima lamaran abang. Abang sangat sangat menjaga agama . I respect him for that. Sangat hormat mulanya dan rasa cinta itu lahir apabila saya di ajar untuk mengenal islam secara dalam. Esok saya akan menjadi isteri semula dan kali ini saya ingin menjadi isteri yang lebih baik dari sebelumnya. Excited dan risau. Risau temper saya dan perangai manja saya ini membuatkan abang "geram" seperti dulu.
___________________________________________________________________________________
"Sayang this weekend anak anak kita datang. Can we do makan makan for them. Rindu nak masak for them ", aku meminta kebenaran suamiku Abang untuk masak. Aku sangat suka masak sebab itulah bahagia ku selama ini. Aku memang cekap masak, kelebihan ku. Rindu anak anak ku , lima dah semuanya. Seorang perempuan and 4 lelaki. Alhamdullilah semua sudah berkerja kecuali si bongsu masih belajar .
Mama boleh Lisa bantu mama , tanya menantu sulong ku. Dia adalah menantu sulong abang yang aku pernah hadir di majlis perkahwinannya 6 tahun dulu. How time flies , Lisa sekarang tengah mengandung anak ke tiga tapi rajin membantu ku . "thank you sayang , you go and rest , abah will help mama " jawab ku sambil tersenyum.
Meriah hidup ku sekarang , anak perempuan ku Mira pun sibuk di dapur membantu ku masak. She always helps me with everything. Kadang aku sangat sangat terhutang budi dengan Mira. She is a wonderful daughter and sister. Alhamdullilah. Cita cita menjadi project manager tercapai at the age of 28.
Di usia begini aku sekarang bahagia , sangat bersyukur ditemani insan yang sangat menyayangi aku. Abang sentiasa ada bersama dirimu untuk setiap saat. Sekarang abang tak penat lagi sebab aku sangat sangat menjaga dirinya. Ku harap syurga buat kami.
_____________________________________
Mama can I see abah , aku mendapat whatsapp message dari Aiman. " Kenapa Aiman? Are you ok ". Aiman menghantar emoji sedih. Boleh datanglah lunch hari ini , jawap ku curiga dengan whatsapp itu.
Jom makan dulu kita tunggu abah turun . Aiman sampai waktu lunch jadi aku sediakan makanan untuk dia dan abang . Kami makan bersama. " Abah , I need to talk to you and mama, I have problem at home". Hati ku terus sedih kerana itu lah yang paling aku takutkan. " Aiman ada masalah apa ? Boleh abah tau". Tanya Abang. Raut muka abang nampak risau . " I think Lisa is ignoring me ?" " I am not happy", jawab Aiman ringkas . " Abah and mama boleh tau ke you both ada problem apa ?" tanya Abang.
Aiman menjelaskan keadaan situasinya waktu ini. Kami agak sedih dengan apa yang berlaku tapi kami sebagai orang tua perlu help fixed it. Bercerai itu bukan mudah. " Sayang what should we do now", aku bertanya suamiku dengan lembut. " Nanti kita jaga the boys and suruh mereka gi honeymoon boleh ?" tanya ku . Abang agak sangat kecewa apabila perkara ini berlaku. Di luar jangkaan kami berdua sebenarnya.
Abang dan aku bersetuju untuk memberi honeymoon percuma kepada Aiman dan Lisa . Aku yang arrange semua untuk suprise mereka berdua . " Tok mama , Alif nak makan lapar. Cucu sulongku yang berusia 4 tahun sekarang ku jaga . Jom ajak tok abah keluar kita gi Mcdonalds" . Aku ajak abang kerana hari ini selama seminggu aku dan abang akan menjaga Alif dan Afwa sementara ketiadaan Aiman dan Lisa.
"Thank you Abah , for the wonderful honeymoon. Lisa is so happy now dah ok with Aiman" text Aiman kepada Abang. Alhamdullilah . Mungkin mereka berdua terlalu sibuk dengan tanggungjawab dan tiada rehat mungkin terlepas marah antara suami isteri. Abang was so happy with the text yang diterima dari kota London.
__________________________________________________________________________________
"Sayang , jom kita buat Umrah . Rindu nak ke sana" aku memujuk suami ku untuk menunaikan umrah bersama . Ini adalah pertama kali kami ke sana setelah setahun kami bernikah. " Abang nak kita ke Turki sekali la , Farhana ada sebut dulu nak gi Masjid Hagia Sophia (Aya Sophia) kan. " . Abang masih ingat impian ku untuk ke sana . Aku terus memeluk suamiku sangat gembira. Thank you Allah . Doa ku dalam hati.
Abang adalah lelaki yang tidak pernah aku fikirkan wujud dalam hidupku. Lelaki yang sangat pandai mententeramkan diriku. Semenjak kehilangan abang 5 tahun dahulu , aku mula belajar hidup cara ku yang sangat berbeza. Aku mula belajar untuk redha takdir ku. Aku belajar untuk mengenal islam dengan berbagai cara. Satu video yang pernah ku lihat bahagialah dengan apa yang baik dan tidak baik untukmu kerana Allah yang tahu lebih akan dirimu. It was not easy for me, struggling .
Hari ini aku sangat beruntung kerana apa yang ku ingin kan ada. Hampir kesemuanya. Alhamdullilah
_____________________________________________________________________________
Hotel ku mengadap ke arah Kaabah . Ya Allah sungguh beruntungnya diriku. Abang is so happy melayan kerenah isterinya. She got so excited about everything. Kami sangat sangat bahagia. Aku memeluk abang erat. Syukur nikmat Allah di waktu ini kita bersama akhirnya. Abang tahu aku sentiasa berdoa dan pernah memberitahu abang bahawa aku tetap akan mendoakan kami bersama sama ada di dunia atau di syurga. Aku tetap memilih abang untuk menjadi cinta terakhirku. Aku tetap akan berdoa agar kesejahteraan abang . Aku tetap mendoa syurga buat abang.
Aku sangat adventures , selesai menunaikan umrah ke 3 aku ajak abang berjalan di lorong lorong di masjidil haram . Sambil berpegangan tangan kami berjalan menikmati kota Mekah . Kami makan ice cream , jus mangga dan yang paling ku suka ayam golek . Abang tak pernah cuba tapi aku insist untuk makan. Abang hanya mengikut kerenah isterinya yang masih merasakan dirinya 24 tahun ini. Seronok bila kita berjalan sambil menikmati syurga dunia.
"Abang nanti kita beli ya ole ole especially untuk cucu kita. Jubah sini comel sangat geram nak beli semua". kataku membodek suami ku untuk bershopping. "Boleh nanti kita beli ya sayang". Jawab suamiku lembut.
Aku teringat abang pernah menulis whatsapp kat aku waktu dia mengerjakan umrah dulu ...
Masa I buat umrahkan , depan Kaabah I did doa so that one day we could be together .Masa tu I dah suka kat you but I didn't know you pun dah suka kat I
I still keep his text. Dulu I suka send him his photo with a song .. silly me but that is what I always did . Kalau lagu tu sedap i mula la cari gambar Abang hantar lagu . Minah jiwang sangat nih.
Can't wait for our next trip to Istanbul. Love you so much Abang .
____________________________________________________________________________
Pagi itu aku ingin bermanja tapi ku kenal siapa suamiku . Kadang dia agak sangat tinggi egonya dan hanya mahu ikut rentaknya membuat kan aku sedih. Ya lah dah tua tua ni malas nak gaduh with him. Dia selalu kata aku penyebab kami berselisihan faham. Sebenarnya dari dulu aku banyak mengalah. Asalkan dia bahagia. Aku kadang kadang keliru antara sayang abang dan tanggungjawab abang. Aku kadang kadang tidak rasakan cinta itu. Memang aku bersyukur tapi hatiku sangat rapuh. Abang selalu cakap aku overthinking. So aku cuba sembunyi kan rasa sedih dan taat kat suamiku.
Abang is a very sensitive person. Maybe anak manja Mama yang lama sangat tak dapat adik dan jarak abang dan N agak jauh 7 tahun beza. So aku kena pandai jaga hati abang. Kena lembut . Tapi aku sendiri memang manja so I don't really blame him for that. Aku sangat complicated abang kata. Abang sangat sayangkan diriku. Tapi I think sebagai manusia dia pun mungkin perlukan kasih sayang. Abang pernah bagitau childhood ku penuh dengan kasih sayang, pelukan manakala dia tidak merasa kan semua itu.
Hari ini Jumaat yang Barakah , abang ku minta untuk sedekah subuh untuk kami berdua. Abang telah banyak mengajarku tentang akhirat. Aku tak pernah terfikir akan mendalami islam bersama orang yang asing bagiku hadir di waktu aku mohon kepada Allah untuk mengajar aku. Aku dilahirkan islam tapi mungkin masa kecil ku aku sangat moden dan lebih kebaratan menyebabkan aku hanyut. Aku fikir wanita bertudung kolot . Wanita bertudung tidak moden. Tapi pada usia ku 40 tahun aku fikir aku selesa bertudung. Aku mula suka dengar ceramah agama walaupun kadang kala ku hanyut dan abang datang memberi ku rasa mungkin tepat waktunya sebab aku masa itu masih tercari cari akan diriku. Tapi abang hanya hadir 2 tahun dan kemudian abang tinggalkan aku. Alhamdullilah abang sekarang suami ku . Syukur pada Allah.
____________________
Good morning Assalamualaikum Sayang. Ku cium bibir suamiku untuk kejutkan bangun Subuh. Manja sangat sejak kita bernikah 10 tahun dahulu. Aku tidak pernah menyesal memilih abang. Pagi ini hujan sejuk, suamiku Abang sedang membaca alquran selepas solat berjemaah subuh dengan diriku. Aku turun kebawah sambil menyediakan sarapan Abang. Pelahan pelahan aku membawa breakfast kami ke dalam bilik . Aku sediakan mee hun goreng telur mata dan teh o. That is his favourite. Abang tersenyum ku sediakan makanan di dalam bilik . Aku tau suamiku sangat manja . Beza usia 6 tahun dariku tapi dia sangat sangat cekap dari diriku. Semua dia akan lakukan pantas.
Malam ini aku sedih. Abang selalu risau kesihatan ku. Aku ingat dulu aku selalu pesan kat Abang aku boleh mendiri. Aku sgt independent. Aku boleh pergi ke hospital sendirian. Bukan aku sombong tapi aku terbiasa akan perkara itu. Bagi ku kerana terlalu independent dalam kehidupan aku tidak pernah faham erti di jaga. Abang selalu ingin menjaga ku caranya. Abang tidak faham kenapa aku tidak pernah mengharap kan orang. Kerana aku tau jika aku masuk hospital aku akan keseorangan. Arwah suamiku tidak pernah ada untuk temankan ku. Dan selalu merasa susah . Jadi aku terbiasa sendiri dari mendengar runggutan.
Aku tak mahu bercerita kisah lalu. Maafkan Farhana Abang. Farhana terlalu lama too independent. Tak reti apa itu manja.
Pagi ini aku biarkan abang sendiri. Aku tidak menunjukkan sakitku. Selepas selesai solat subuh aku sediakan abang breakfast. Sunyi pagi itu tanpa suara kami. Aku tidak mahu kisah kami malam tadi diperbesarkan. Aku ingin taat pada Abang. Pagi ini perutku sangat sakit sampai aku rasa nak muntah menahannya. Farhana jangan tunjuk sakit kamu. Jangan manjakan diri kamu. Pesan hatiku. Mungkin aku telah tanam dalam fikiran ku jangan manjakan diri . Banyak benda lagi yang aku kena buat sebelum Allah mengambil diriku. Terlalu banyak in my list.
Abang seorang yang sangat penyayang tapi dia tidak tahu bagaimana cara untuk menyampaikan kepadaku sedangkan aku sangat sangat ingin diberitahu erti sayang. Sentiasa ingin mendengar ucapan ucapan sayang. Aku tahu abang sangat sangat mengambil berat tentang diriku walaupun aku sangat sangat degil. Minggu depan aku akan adakan operation fibroid ku. Di usia 67 tahun aku akhirnya memutuskan untuk melakukan operation itu seperti yang di suggest oleh doctor. Lagi seminggu aku risau adakah operation ini akan gagal . Adakah ini hari hari terakhir aku bersama abang. Aku menulis journal cerita cinta kita . Aku menulis sekurang kurangnya nanti bila aku ditakdirkan pergi waktu aku senang dioperate sekurang kurangnya abang ada buku untuk dibaca dan kenangan kenangan kita. Aku selitkan buku itu didalam laci sebelah tempat tidur aku . Hari hari aku akan menulis tanpa abang tahu.
Aku selalu suka lagu ni dan satu hari nanti bila aku tiada aku harap lagu ini akan membuat abang tenang.
Bawalah pergi cintaku
Comments
Post a Comment